Wednesday, 21 September 2022

ANAK SERING TANTRUM


Pening kan kepala mommy, 

Kalau anak hari-hari mengamuk.Huhu.

Boleh stress dibuatnya.

.

Sebelum kita nak carikan penyelesaian masalah tantrum ini

Apa kata kita fahamakan dahulu, anak kita ini memang tantrum atau meltdown

.

1) TANTRUM

- Biasa berlaku kerana anak nak dapatkan sesuatu 

- Anak akan bertenang bila sudah dapat apa yang anak mahukan

.

2) MELTDOWN 

- Biasanya berlaku kerana anak berada dalam mod sensory overwhelmed

- Anak tidak bertenang walaupun sudah dapat apa yang kita fikir anak mahu

.

Ha, ibuayah dah faham ke apa perbezaan dua ini. 😊

Cara kita (parents) untuk respond bila berlaku dua situasi ini berbeza tau.

.

Jadi hari ini, saya kongsikan teknik dari OT Aisyah Rozali, berkaitan TANTRUM. .

.

Apa kita perlu buat bila berhadapan situasi anak tantrum ini: 

.

1) Kenal pasti kenapa anak tantrum. Kalau disebabkan perkara yang memang kita larang, 

Tegas dengan anak dan tidak perlu bagi benda tersebut. Sekiranya kita beri juga, 

Anak akan berfikir, dengan tantrum ini, dia berjaya buat ibu dan ayahnya tunaikan setiap permintaanya.

.

2) Jauhkan anak dari tempat tersebut 

.

3) Elakkan membebel, atau beri arahan, atau alasan kepada anak. 

Lagi banyak kita cakap, lagi kuat anak mengamuk.

.

4) Lakukan sosial story kepada anak, kenapa kita tidak benarkan perkara tersebut.


Nak baca detail berkaitan anak tantrum, boleh baca pada buku 'Behavenya Anakku'☺


Sumber : Behavenya Anakku (Penulis : OT Aisyah Rozali)