Ada tak dekat sini yang anak-anaknya sukar untuk berkongsi ?
Setiap kali minta berkongsi permainan contohnya,
terus mengamuk si anak tersebut.
.
Anak akan beremosi bila kita minta untuk berkongsikan barangnya kerana anak yang bawah umurnya 9 tahun masih belum boleh berfikir logik dengan baik.
.
Jadi mereka akan lebih beremosi bila orang lain mengambil barang permainannya.
.
Jadi jom hari ini,
Cikgu akan kongsikan sedikit tips yang cikgu dapat dari buku "BEHAVENYA ANAKKU" penulisan OT Aisyah Rozali.
.
.
.
Tips supaya kita boleh ajarkan anak berkongsi dalam
masa yang sama kita hormati hak anak juga 😀:
1) Ajar anak asingkan permainan yang dia mahu kongsi dan tidak mahu kongsi
2) Simpan permainan yang anak tidak mahu kongsi.
Letakkan dalam 1 box, dan labelkan dengan nama anak dan gambarnya.
(Ini supaya anak-anak yang lain alert bahawa barang ini adalah milik seseorang)
3) Permainan yang mahu berkongsi, letak dalam 1 box dan tulis "kongsi".
4) Bercerita kepada anak kebaikan berkongsi
Dapat sesuatu tak ibu dan ayah dalam perkongsian hari ini :)
.
Andai perkongsian ini membantu dan bermanfaat,
.
Boleh share kepada sahabat-sahabat lain ☺
.
.
Sumber : Buku Behavenya Anakku (OT Aisyah Rozali)