Friday, 27 January 2023

PETUA PELAJAR HEBAT


 Petua Pelajar Hebat


1. Rajin bertanya

2. Memberi tumpuan ketika guru mengajar

Antara wasiat Luqman Al-Hakim kepada anaknya, "Wahai anakku, kamu perlu sentiasa bersama dengan majlis orang alum. Duduklah rapat sehingga bersentuh dua lututmu dengannya kerana Allah mampu menghidupkan hati yang mati dengan nur hikmah yang terbit daripada mulut orang alim".

3. Ambil nota

Imam As-Shatibi menjelaskan, "Usah sekali-kali kamu mendengar sesuatu ilmu melainkan kamu mencatatnya kerana pada suatu hari nanti, kamu pasti memerlukannya".

4. Berbuat baik dengan guru

5. Amalkan ilmu yang diperoleh

6. Mentadabur dan mengamal ilmu Al-Quran

7. Berdoa kepada Allah s.w.t

Petikan - Inspirasi Murabbi, Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa

ANAK SERING MEMUKUL


 Anak Sering Memukul


Ada tak dekat sini, ibu bapa yang berdepan
dengan masalah anak yang suka memukul ?
.
Dia pergi dekat adik, kakak mesti tangan tu ringan je nak memukul.
.
.
Tahukah ibu dan ayah sekalian,
Dekat sini, anak tengah belajar bagaimana untuk mengurus
'EMOSI MARAH' itu dengan baik.
.
Jadi jom ibu dan ayah,
Kita bantu anak urus emosi ini dengan baik :
.
.

Ini antara cara bagaimana ibu dan ayah,
Boleh membantu anak urus marah dengan baik.

1) Berikan peringatan berulang kali 'Jangan Pukul'
(Variasikan dalam bentuk, perkataan, gamba dan cerita)

2) Tunjukkan cara kita urus emosi marah.
Contoh :
"Andai kita marah kepada anak, kita kena maklumkan kita marah,
kemudian kita tunjukkan cara mengawal marah dengan betul
1 : Urut dada
2 : Istigfar
3 : Minum Air
.
.
Dari perbuatan kita mengurus emosi ini,
secara tidak langsung memberi contoh kepada anak bagaimana untuk menguruskan emosinya.
.
.
Semoga diberi kemudahan kepada kita untuk menjadi
ibu dan ayah yang hebat 😁

Sumber : Behavenya Anakku ( Ditulis : OT Aisyah Rozali)

Friday, 13 January 2023

HADIRKAN 4 PERKARA APABILA BERGAUL DENGAN ANAK

 


Hadirkan 4 perkara apabila bergaul dan bersama2 Permata Hati (Anak2 kita)

1. Pandanglah anak-anak sebagai hasil tangan dan tanggungjawab kita

2. Pandanglah mereka dengan penuh ihsan kerana adanya kecuaian kita pada mereka

3. Pandanglah anak² dengan penuh kasih sayang kerana seandainya mereka merasai kekurangan kasih sayang kita, tidak ada galang-gantinya

4. Pandanglah mereka sebagai aset kita di dunia dan akhirat supaya harapan kita terus segar dan kita juga tidak berasa tidak kecewa atas segala usaha yang dilaburkan

Petikan - Inspirasi Murabbi, Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa

Thursday, 5 January 2023

USAH BUANG ANAK DARIPADA HATI KITA

 


Usah buang anak2 daripada hati Kita

Jangan sampai kita katakan

"Sudahlah, biar dia. Ibu susah tidak mahu fikir pasal dia. Dia mahu jadi apa, itu urusan dia sendiri. Ibu redha dia mahu jadi apa sekalipun".

Ayat ini menafikan kewujudan anak dalam hati kita.

Jikalau seorang ibu dan ayah sudah membuang anaknya, fikirlah, siapa lagi yang mahu menyambut anak itu?

Malah, lebih dahsyat lagi, ada anak2 yang sudah membuang ibu dan ayah daripada hatinya.

Keadaan ini berpotensi mendapat laknat daripada Allah s.w.t kerana ibu ayah sendiri tidak bersedia meletakkan anak dalam hati mereka.

Selagi mana si anak masih mempunyai ruang di hati kita, percayalah, dia masih berpeluang untuk berubah dan menjadi anak soleh.

Doa ibu ayah adalah doa paling mustajab.

Cuma prosesnya kita perlu lalui dengan tenang.

Petikan - Inspirasi Murabbi, Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa