Thursday, 5 January 2023

USAH BUANG ANAK DARIPADA HATI KITA

 


Usah buang anak2 daripada hati Kita

Jangan sampai kita katakan

"Sudahlah, biar dia. Ibu susah tidak mahu fikir pasal dia. Dia mahu jadi apa, itu urusan dia sendiri. Ibu redha dia mahu jadi apa sekalipun".

Ayat ini menafikan kewujudan anak dalam hati kita.

Jikalau seorang ibu dan ayah sudah membuang anaknya, fikirlah, siapa lagi yang mahu menyambut anak itu?

Malah, lebih dahsyat lagi, ada anak2 yang sudah membuang ibu dan ayah daripada hatinya.

Keadaan ini berpotensi mendapat laknat daripada Allah s.w.t kerana ibu ayah sendiri tidak bersedia meletakkan anak dalam hati mereka.

Selagi mana si anak masih mempunyai ruang di hati kita, percayalah, dia masih berpeluang untuk berubah dan menjadi anak soleh.

Doa ibu ayah adalah doa paling mustajab.

Cuma prosesnya kita perlu lalui dengan tenang.

Petikan - Inspirasi Murabbi, Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa

No comments:

Post a Comment