Friday, 27 January 2023

PETUA PELAJAR HEBAT


 Petua Pelajar Hebat


1. Rajin bertanya

2. Memberi tumpuan ketika guru mengajar

Antara wasiat Luqman Al-Hakim kepada anaknya, "Wahai anakku, kamu perlu sentiasa bersama dengan majlis orang alum. Duduklah rapat sehingga bersentuh dua lututmu dengannya kerana Allah mampu menghidupkan hati yang mati dengan nur hikmah yang terbit daripada mulut orang alim".

3. Ambil nota

Imam As-Shatibi menjelaskan, "Usah sekali-kali kamu mendengar sesuatu ilmu melainkan kamu mencatatnya kerana pada suatu hari nanti, kamu pasti memerlukannya".

4. Berbuat baik dengan guru

5. Amalkan ilmu yang diperoleh

6. Mentadabur dan mengamal ilmu Al-Quran

7. Berdoa kepada Allah s.w.t

Petikan - Inspirasi Murabbi, Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa

ANAK SERING MEMUKUL


 Anak Sering Memukul


Ada tak dekat sini, ibu bapa yang berdepan
dengan masalah anak yang suka memukul ?
.
Dia pergi dekat adik, kakak mesti tangan tu ringan je nak memukul.
.
.
Tahukah ibu dan ayah sekalian,
Dekat sini, anak tengah belajar bagaimana untuk mengurus
'EMOSI MARAH' itu dengan baik.
.
Jadi jom ibu dan ayah,
Kita bantu anak urus emosi ini dengan baik :
.
.

Ini antara cara bagaimana ibu dan ayah,
Boleh membantu anak urus marah dengan baik.

1) Berikan peringatan berulang kali 'Jangan Pukul'
(Variasikan dalam bentuk, perkataan, gamba dan cerita)

2) Tunjukkan cara kita urus emosi marah.
Contoh :
"Andai kita marah kepada anak, kita kena maklumkan kita marah,
kemudian kita tunjukkan cara mengawal marah dengan betul
1 : Urut dada
2 : Istigfar
3 : Minum Air
.
.
Dari perbuatan kita mengurus emosi ini,
secara tidak langsung memberi contoh kepada anak bagaimana untuk menguruskan emosinya.
.
.
Semoga diberi kemudahan kepada kita untuk menjadi
ibu dan ayah yang hebat 😁

Sumber : Behavenya Anakku ( Ditulis : OT Aisyah Rozali)

Friday, 13 January 2023

HADIRKAN 4 PERKARA APABILA BERGAUL DENGAN ANAK

 


Hadirkan 4 perkara apabila bergaul dan bersama2 Permata Hati (Anak2 kita)

1. Pandanglah anak-anak sebagai hasil tangan dan tanggungjawab kita

2. Pandanglah mereka dengan penuh ihsan kerana adanya kecuaian kita pada mereka

3. Pandanglah anak² dengan penuh kasih sayang kerana seandainya mereka merasai kekurangan kasih sayang kita, tidak ada galang-gantinya

4. Pandanglah mereka sebagai aset kita di dunia dan akhirat supaya harapan kita terus segar dan kita juga tidak berasa tidak kecewa atas segala usaha yang dilaburkan

Petikan - Inspirasi Murabbi, Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa

Thursday, 5 January 2023

USAH BUANG ANAK DARIPADA HATI KITA

 


Usah buang anak2 daripada hati Kita

Jangan sampai kita katakan

"Sudahlah, biar dia. Ibu susah tidak mahu fikir pasal dia. Dia mahu jadi apa, itu urusan dia sendiri. Ibu redha dia mahu jadi apa sekalipun".

Ayat ini menafikan kewujudan anak dalam hati kita.

Jikalau seorang ibu dan ayah sudah membuang anaknya, fikirlah, siapa lagi yang mahu menyambut anak itu?

Malah, lebih dahsyat lagi, ada anak2 yang sudah membuang ibu dan ayah daripada hatinya.

Keadaan ini berpotensi mendapat laknat daripada Allah s.w.t kerana ibu ayah sendiri tidak bersedia meletakkan anak dalam hati mereka.

Selagi mana si anak masih mempunyai ruang di hati kita, percayalah, dia masih berpeluang untuk berubah dan menjadi anak soleh.

Doa ibu ayah adalah doa paling mustajab.

Cuma prosesnya kita perlu lalui dengan tenang.

Petikan - Inspirasi Murabbi, Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa

Friday, 2 December 2022

 


Tahu tak ?

.
Anak yang paling kita geram,
.
Anak yang sering buat kita jadi harimau.
.
Anak yang paling mencabar dibuatnya 🤭

Sebenarnya,
Anak itu lah yang banyak persamaanya dengan personaliti kita 😅
.
Itulah sebenarnya diri kita 😄
.
.
Jadi macam mana kita nak hadapi, anak yang sebegini.
.
Cara dia senang je 😃
.
"Hadapi dengan cara kita nak orang tenteram kan diri kita bagaimana" 😃

1) Tegur anak dengan cara yang kita rasa kita okay untuk ditegur

2) Layan anak dengan bahasa cinta yang sama dengan kita :
* Kalau kita sejenis yang suka sentuhan, sentuh juga selalu anak (Peluk dia)
* Kalau kita jenis suka kepada hadiah, beri kepada anak hadiah.
Keypoint dia, kita faham 'LOVE LANGUAGE' anak kita apa 🙂

3) Setiap kali anak kita buat kita sakit hati, cuba bayangkan kita yang tengah jadi anak tu. Kenapa kita buat sedemikian rupa

-------------
1 je point dia, kita kena faham anak kita itu bagaimana 🙂

Nanti insyaAllah, jalan-jalan lain, akan dimudahkan

Andai tidak sama dengan kita, mungkin sama perangai dengan pasangan kita 🤭

Semoga bermanfat 😃

Credit : OT Aisyah Rozali (Facebook)

Thursday, 3 November 2022


Ada tak dekat sini yang anak-anaknya sukar untuk berkongsi ? 
Setiap kali minta berkongsi permainan contohnya, 
terus mengamuk si anak tersebut.
.
Anak akan beremosi bila kita minta untuk berkongsikan barangnya kerana anak yang bawah umurnya 9 tahun masih belum boleh berfikir logik dengan baik.
Jadi mereka akan lebih beremosi bila orang lain mengambil barang permainannya.
Jadi jom hari ini, 
Cikgu akan kongsikan sedikit tips yang cikgu dapat dari buku "BEHAVENYA ANAKKU" penulisan OT Aisyah Rozali.
.
.
.
Tips supaya kita boleh ajarkan anak berkongsi dalam 
masa yang sama kita hormati hak anak juga 😀: 

1) Ajar anak asingkan permainan yang dia mahu kongsi dan tidak mahu kongsi

2) Simpan permainan yang anak tidak mahu kongsi. 
Letakkan dalam 1 box, dan labelkan dengan nama anak dan gambarnya. 
(Ini supaya anak-anak yang lain alert bahawa barang ini adalah milik seseorang) 

3) Permainan yang mahu berkongsi, letak dalam 1 box dan tulis "kongsi".

4) Bercerita kepada anak kebaikan berkongsi 

Dapat sesuatu tak ibu dan ayah dalam perkongsian hari ini :)
Andai perkongsian ini membantu dan bermanfaat, 
Boleh share kepada sahabat-sahabat lain ☺
.
.

Sumber : Buku Behavenya Anakku (OT Aisyah Rozali)

Tuesday, 18 October 2022

MEMBIASAKAN ANAK MENGUCAPKAN SALAM

 


Jom ajar anak kita 'memberi salam' 😊

Rasulullah saw dan para sahabat menanamkan sunnahnya mengucapkan salam dalam diri anak.

Iaitu, orang dewasa memulakan ucapan salam kepada anak-anak sampai mereka terbiasa.

Setelah terbiasa, kita akan melihat merekalah yang akan memulakan ucapan salam.

Hadis Anas RA menyebut bahawa Rasulullah saw mengucapkan salam kepada anak-anak yang sedang bermain

Diriwayatkan oleh Bukhari Dan Muslim Dari Anas RA:

Dia (Anas) berjalan melewati sekelompok anak-anak. Dia mengucapkan salam kepada mereka dan berkata, "Nabi saw juga pernah melakukannya."

-------------------------------------------

Sumber : Buku Cara Nabi saw mendidik anak (Dr. Muhammad Nur Abdul Hafizh Suwaid)

Monday, 10 October 2022

ANAK MENANGIS TAMPA SEBAB

 



 


                             Ada tak dekat sini ibu bapa yang mempunyai anak yang

"tiba-tiba" menangis tampa sebab.
.
Bila ditanya "kenapa?" akan bertambah-tambah nangisnya.
.
.
Jadi apa tindakan yang ibu dan bapa perlu lakukan :
.
1) Duduk di sis anak semasa anak menangis tanpa mimik
wajah dan tidak mendesak.

2) Sentuh bahu, lengan anak dengan sentuhan mengurut

3) Peluk anak dan urut belakang badan anak

4)Tidak perlu tanya berulang kali. Hanya beritahu anak sekali sekala. 
"Abang dah okay nanti, cerita kat mama. Mama cuba tolong ye.

Jadi ibu dan bapa, tidak perlu jerkah anak,
Cukup dengan cara diatas,
.
InsyaAllah masalah anak kuat menangis dapat diatas dengan baik

Sumber : Buku OT (OT Aisyah Rozali)


Tuesday, 4 October 2022

ANAK BELAJAR DARI CARA RESPON KITA


Apabila anak memanggil kita, 

Apa tindakan kita ? 

1) Adakah terus buat anak tertunggu-tunggu?

2) Atau kita terus menyahut 


Sebenarnya ibuayah, anak-anak belajar dari cara kita (ibuayah) respon.

Contoh situasi : 

Kita sibuk membuat kerja 

                       🔽

Berulang kali anak panggil kita (Masih tiada feedback dari ibuayah)

                       🔽

Anak rasakan, ibuayah masih tiada respon. Anak pun menggunakan tone tinggi untuk memanggil ibuayah

                       🔽

Baru ibuayah memberikan respon, selepas terdengar anak menjerit-jerit memanggil


Dekat sini, anak-anak belajar jeritan boleh membuatkan ibuayah memberi respon kepadanya.

Kesannya, anak akan terus menjerit kerana, ia tahu dengan jeritan ibu ayah akan memberi perhatian kepadanya. 

Jadi apa yang perlu kita (ibu ayah) buat, untuk anak tidak menjadikan jeritan itu adalah sebuah komunikasi : 

1) Bila anak memanggil, kita terus menyahut 

2) Andai kata, kita sibuk, katakan kepada anak "Sebentar ya, bagi mommy habiskan kerja dahulu, nanti kita main sama-sama okay sayang".

3) Bercakap dengan suara tenang 

4) Bila anak menjerit, pastikan respon kita tenang 


Ibu ayah dapat sesuatu tak, dari perkongsian ini 😊

Semoga semuanya bermanfaat


Sumber : Buku Behavenya Anakku (OT Aisyah Rozali).

Wednesday, 21 September 2022

ANAK SERING TANTRUM


Pening kan kepala mommy, 

Kalau anak hari-hari mengamuk.Huhu.

Boleh stress dibuatnya.

.

Sebelum kita nak carikan penyelesaian masalah tantrum ini

Apa kata kita fahamakan dahulu, anak kita ini memang tantrum atau meltdown

.

1) TANTRUM

- Biasa berlaku kerana anak nak dapatkan sesuatu 

- Anak akan bertenang bila sudah dapat apa yang anak mahukan

.

2) MELTDOWN 

- Biasanya berlaku kerana anak berada dalam mod sensory overwhelmed

- Anak tidak bertenang walaupun sudah dapat apa yang kita fikir anak mahu

.

Ha, ibuayah dah faham ke apa perbezaan dua ini. 😊

Cara kita (parents) untuk respond bila berlaku dua situasi ini berbeza tau.

.

Jadi hari ini, saya kongsikan teknik dari OT Aisyah Rozali, berkaitan TANTRUM. .

.

Apa kita perlu buat bila berhadapan situasi anak tantrum ini: 

.

1) Kenal pasti kenapa anak tantrum. Kalau disebabkan perkara yang memang kita larang, 

Tegas dengan anak dan tidak perlu bagi benda tersebut. Sekiranya kita beri juga, 

Anak akan berfikir, dengan tantrum ini, dia berjaya buat ibu dan ayahnya tunaikan setiap permintaanya.

.

2) Jauhkan anak dari tempat tersebut 

.

3) Elakkan membebel, atau beri arahan, atau alasan kepada anak. 

Lagi banyak kita cakap, lagi kuat anak mengamuk.

.

4) Lakukan sosial story kepada anak, kenapa kita tidak benarkan perkara tersebut.


Nak baca detail berkaitan anak tantrum, boleh baca pada buku 'Behavenya Anakku'☺


Sumber : Behavenya Anakku (Penulis : OT Aisyah Rozali)